Pages

Ads 468x60px

..:: selangkah perjalanan ::..




Hari ini siap jahit 1 tudung labuh warna hijau. 2 jam jam jugak la nak siapkan. Sebenarnye taklah susah nak siapkan. Boleh dikatakan paling mudah. Nak pakai pun senang tak payah guna pin tudung yang banyak. Sangat praktikal apabila nak pergi ke kelas. Lagi2 kalau dah lambat kan. Hehe…Terima kasih kepada mak yang mengajar jahit. Alhmdulillah pernah juga terima tempahan. Belajar kat negeri orang ni kenelah pandai-pandai hidupkan. Hehe. Bunyi cam jauhje.. kat kedahje. Kira dalam family sayalah yang paling jauh belajar setakat ni 5jam perjalanan dengan kereta dan 8 jam perjalanan dengan bas.. 1st time sampai kedah  quite impress jugakla masuk2 je disambut dengan sawah padi yang sedang menguning. Subahanallah memang cantik..









Saya tak pernah terfikirpun akan sambung ijazah sebabnye lepas diploma dulu ingatkan tak dapat sambung lagi. Macam mimpi pula sekarangni dah masuk tahun kedua. Insya Allah akan bekerja lebih keras lagi untuk semester ini. Dulu masa diploma saya ni banyak buat silap smpaikan hampir2 putus asa. Itulah disebabkan tak pandai bahagi masa untuk belajar dan untuk personal. Bak kata mak saya, banyak main. So, jangan disia2kan peluang y datang ni…. Insya Allah….

Mak ayah terima kasih banyak2 bagi peluang kedua. Walaupun result sem lepas tak berapa bagus tapi syukur lulus semua. Semesterni mudah2han lebih cemerlang lagi. Mohon doanya setiap masa. Bila dah jauh ni terasa rindu dengan family. Balik cutije rase nak peluk family tapi malu sangat2. Tengok orang lain peluk mak ayah mereka terasa nak juga tapi malu sangat2. Yelah mungkin sebab tak biase buat camtu. Bila nak start ni?? Camne nak buang rasa malu tu… (>_<)
Ya Allah berikan aku kekuatan..

AYAH DAN MAK YANG DISAYANGI DAN DIRINDUI SELALU...
SEMOGA DIDALAM RAHMAT ALLAH SELALU..  AMINN...
TUNGGU KEPULANGAN ANAK MU TAHUN DEPAN.. LEPAS EXAM..
MOHON DOANYA... ^_^




1 Nov 2012:11.34pm