Pages

Ads 468x60px

AGAR-AGAR KELAPA BERSANTAN.




Apa khabar semua?
Diharapkan semua sihat2 dan dibawah lindungan Nya selalu..

Ha… mesti tertanye2 kan kenapa guna tajuk ni?
Harini saya bukan nak kongsi resepi tau.. tapi nak share something happened today.
Tengah hari tadi saya dan roommate saya lunch di café dalam kampus . Selesai makan saya buka dan baca surat khabar tempatan manakala sahabat saya tu tengok tV9 lau tak silap tajuknye ANUGERAH (entah brape kali ulanglah ye). Sebenarnya kami sambil menunggu bas pukul 1.30 untuk pulang kerumah sewa. Tengah2 membaca tu tetiba datang seorang muslimin. Ni dialog kami:

Muslimin : Assalamua’laikum.

Saya: Wa’aliakumssalam.

Muslimin: Ni ada agar-agar. (sambil letakkan diatas meja kami dengan terketaq2)

Saya: Siapa bagi ni? (muke garang + pelik..)

Roommate: (bermuke pelik saling perpandangan dengan saya)

Muslimin: Orang disana yang bagi (tunjuk kaunter yang ada dua orang
                  pengusaha café)

Saya&roomate : Terima kasih .

Muslimin: Sama-sama. (terus pergi)

Sama tak macam adegan dalam cerita-cerita dan novel-novel cinta kan?? tak sangka ada juga yang buat camni rupenye. Mesti bermacam-macam andaian yang bermain difikiran kan maksud disebalik adegan tadi?.. ada yang  (+ve) dan ada yang (–ve).  Other word called people perceptions. Biasanya yang terfikir mesti (–ve) dulukan. .

Kalau semua nak tahu, muslimin yang hantar ke meja agar-agar tu kenalan kepada roommate saya. Mungkinla dia ada agenda tersendiri  terhadap roommate saya ni. Rezeki yang datang jangan ditolak.. makan jelah agar-agar tu… Alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi dan saya tumpang sekaki..hehe. Tak baikkan bersangka buruk dengan orang..Kenapa kita perlu bersanga baik??  jom baca ni mudah-mudahan dapat mengubah pemikiran kita semua (perception) kepada lebih positive.. insya Allah..

untuk menjawab persoalan diatas  marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. 

dalam Surah Al-Hujurat ayat 12,

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat:
 “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Oleh itu, telah jelas dan nyata tafsiran ayat di atas dalam Al-Quran iaitu kita hendaklah bersangka baik terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa kerana ALLAH melarang kita bersangka jahat terhadap sesama mukmin yang tidak terang-terangan melakukan dosa dalam ayat di atas.

Pengukuhkan dalil
“KENAPA TIDAK BOLEH BERSANGKA BURUK PADA MUKMIN YANG TIDAK TERANG-TERANGAN MELAKUKAN DOSA?
KENAPA PERLU BERSANGKA BAIK?”

Jom kita renungi dan fahami hadis Nabi Muhammad S.A.W. ini.

Sumber Abu Hurairah R.A. memberitakan Nabi S.A.W. bersabda :

إيكم والظن , فإن الظن أكذب الحديث
Ertinya :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[H. Sepakat Al-Bukhari-Muslim]

Pengajaran Hadis :

1.       Islam mengajarkan umatnya agar memiliki hati yang suci-bersih, ikhlas dan tidak mudah menaruh prasangka buruk terhadap kata-kata atau perlakuan seseorang saudara ISLAM.

2.       Rasulullah S.A.W. melarang orang ISLAM memasang prasangka dan tohmah, sebab dia (prasangka dan tohmah) adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata.

3.       Sesungguhnya prasangka itu tidak ada bukti dan dia tidak membawa kebenaran sedikit pun. Kesan dari sifat prasangka ini akan menimbulkan keretakan dalam masyarakat dan akan mengganggu keharmonian.

Kesimpulannya, kita mestilah bersangka baik terhadap sesama muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa) dan janganlah kita bersangka buruk terhadap sesama mukmin dan muslim yang tidak melakukan dosa secara terang-terangan (tiada bukti dia melakukan dosa). Jadi marilah kita sama-sama muhasabah dan cuba meminima kan perasaan bersangka buruk pada orang. Mudah-mudahan hati kita jauh sekali dengan sifat bersangka buruk pada sesama kita.