Pages

Ads 468x60px

sambungan...

To: serikandi islam,
            surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.....” 
            Setelah membacanya bersama sahabat-sahabatnya riuhla bilik itu. Tazkirah pada hari itu diambil alih oleh sahabat-sahabatnya yang bertajuk “hati dan cinta”. Nur duduk ditengah-tengah dan dikelilingi oleh sahabat-sahabatnya. Setelah empat puluh minit berlalu selesailah sudah usrah yang diberikan. Nur menerima baik semua kata-kata sahabatnya. Dahulu Nur hanya bersekolah harian biasa. Kebanyakan ilmu-ilmu agama yang didapatinya dari kolej islam dan bergaul dengan sahabat-sahabat yang berilmu agama. Setelah selesai sesi salam menyalam Nur segera mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatnya kerana memberikan ilmu yang sangat bermanfaat dan berharga. 
            Kakak Nur! hah! Berangan apa tu?.. segera Nur terjaga dari lamunan tersenyum lalu menggelengkan kepalanya dan berkata “ tiada apelah adik-adik akak, tiba-tiba akak teringat masa akak dapat hadiah dulu dan diusrah oleh kamu semua. Rindu rasanya masa itu kembali”. “ataupun akak rindu nak dapat hadiah macam itu lagi?, duga Nawarah. Nur hanya menjawab dengan senyuman dan segera membuka tajuk, hari in akak nak bercerita tentang kehebatan basmalah. Semua memberikan tumpuan pada Nur.
            Syeikh Muhammad As Sanwani, Grand Syeikh Al Azhar Mesir yang ke 13 didalam kitabnya yang bertajuk “Hasyiah Ala Mukhtasar Ibnu Jamrah” yang menerangkan kitab Mukhtasar Shahih Bukhari, menulis beberapa kisah yang nyata tentang kehebatan membaca basmalah.

Diantara isinya ialah:
“Suatu ketika Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu adalah salah seorang sahabat nabi yang terkenal. Dia bertemu dengan syaitan yang menggoda seorang mukmin dan syitan yang menggoda orang kafir. Syaitan penggoda bagi orang kafir itu berbadan gemuk, kemas dan berpakaian yang elok dan seorang lagi syaitan yang menggoda orang mukmin itu berbadan kurus kering, kusut masai dan tidak berpakaian. 
Kemudian syaitan gemuk bertanya kepada syaitan yang berbadan kurus “ kenapa keadaan kau menyedihkan? Dahla kurus, kering pula tu dan lagi pelik kau telanjang pula. Kenapa?.
Syaitan kurus pun menjawab “Aku menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmalah menyebut nama ALLAH. Ketika mereka hendak makan dan minum, mereka menyebut basmalah dan menyebut nama ALLAH maka aku tetap lapar dan haus. Ketika mereke hendak memakai minyak wangi, mereka menyebut nama ALLAH maka aku tetap kusut dan ketika mereka hendak memakai baju, mereka juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang!”
Syaitan gemuk meyahut dan berkata akulah yang paling untung bersama dengan orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Ketika mereka makan, mereka tidak menyebut nama ALLAH sehinggakan aku boleh makan bersama mereka sehingga aku kenyang dan puas. Ketika mereka minum mereka juga tidak menyebut nama ALLAH sehinggakan aku turut minum bersama. Ketika mereka memakai minyak wanginya dan mereka tidak menyebut basmalah maka akupun turut memakai minyak wangi bersama mereka. Dan sehinggakan katika memakai baju mereka turut tidak membaca basmalah maka akupun turut memakai pakaian mereka.
            Ha..begitulah adik-adik bertapa berfaedahnya apabila kita membaca basmalah. Syaitan tidak akan ikut makan apabila kita membaca “Bismillahirrahmannirrahim!”. Bahkan dalam hadis Rasullullah Sallallahu a’laihi wasallam bersabda bahawa rumah yang dibacakan basmalah, maka syaitan tidak akan berdiam dan bermalan dirumah itu. Rasulullah juga telah mengajarkan umatnya membaca basmalah bagi memulakan segala perbuatan dengan membaca basmalah, menyebut nama ALLAH S.W.T. Ini bagi perbuatan yang dilakukan itu benar-benar mendapat barakah, tidak diganggu syaitan dan diredhai ALLAH S.W.T Yang Maha Rahman.” 
            Alhamdulillah setakat itu sahaja dari akak. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri akak. Mari kita tutup majlis ilmu kita dengan surah Al Asr dan tasbih kifarah. Sahabat-sahabatnya menadah tangan dan membaca surah penutup majlis. Kemudian, Nawarah, Fatimah dan Jannah menyalami Nur sambil mereka semua besalawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad.  
            Akak Nur, petangni apa aktiviti kita? Tanya Jannah. “mari kita shopping barang-barang dapur untuk masak makan malamni. Kita pergi kat Pasaraya Giant. Akak hendak siram pokok bunga akak sekejap, adik-adik semua pergilah mandi-mandike salin baju dulu ke. Kalau sudah nanti bagi tahu akakye” Nur bersuara dan diikuti anggukan dari sahabat-sahabatnya.