Pages

Ads 468x60px

Bab 4

Petang itu mereka berempat menuju ke Pasaraya Giant di Bukit Tinggi. Mereka jalan bersama. Beramah mesra sambil jalan melihat barang-barang yang disusun diatas rak. Nur menanyakan kepada sahabat-sahabatnya “adik-adik semua nak makan apa malam ni? Ada cadangan?” soal Nur. Mawaddah menjawab “ikut akak la, kami tidak kisah. Apa yang dihidang itulah yang kami makan” dituruti anggukan dari Jannah dan Zahrah. “Kalau macamtu akak masak spaghetti kuah Kimball. Macam mana? Setuju?” soal Nur lagi. “thoyyib, kami ikut sahaja.”, jawab Zahrah diikuti dengan anggukan dari Jannah dan Mawaddah.
            Semasa hendak mengambil daging cincang didalam freezer Nur terasa seperti ada yang memandangnya. Sahabat-sahabtnya yang lain berpecah mencari bahan-bahan yang lain. Nur memerhatikan sekelilingnya dan tiba-tiba ternampak muslimin yang amat dia kenali. “Irfan!”, Nur menyebut didalam hati. Dengan pantas Irfan mengejar Nur. Nur memulakan langkah yang laju melarikan diri dari bertemu Irfan. “Nur! Nur!” jerit Irfan. Nur tidak member sebarang respond dan teruskan melarikan diri. Setelah penat melarikan diri Nur menghentikan langkahnya di rak junk food. Nur mengintai kiri dan kanan rak yang bersebelahan dengan rak yang sedang dia menyorok. “Alhamdulillah, dia dah tiada” kata Nur dengan hati yang lega.
            4 saat selepas Nur mengucapkan kata-kata kesyukuran Irfan baru sahaja berada di rak yang disusun dengan syampu dan sabun-sabun. Rak itu betul-betul bersebelahan dengan rak Nur berhenti seketika melepaskan penat. 6 saat selepas itu handphone Nur berbunyi dan deringan nada panggilan dari lagu kegemaran Irfan dan Nur. Nur segera menggangkat panggilan dari sahabatnya yang mencari-cari Nur. Irfan menangkap deringan itu dan segera mengintai ke rak sebelahnya. Nur!, teriak Irfan didalam hatinya. Ketika itu Nur menghadap kebelakang.
            Semasa Nur hendak pusing kehadapan memulakan langkah saat itu juga Irfan tercegat dihadapannya. Nur rasa serba salah hendak melarikan diri lagi kerana tertangkap dengan Irfan. Irfan tersenyum gembira. “Assalamualaikum”, salam diberikan kepada Nur. Nur hanya menjwabnya didalam hati dan membatukan diri. Nur mengapa menjauhkan diri dari ana?, soal Irfan dengan lembut. Nur masih lagi mendiamkan diri. Segala pertanyaan Irfan sedikitpun Nur tidak menjawab hanya senyuman yang diberikan. Irfan hilang sabar dan terus berkata sesuatu yang mengejutkan Nur.
            “Hari sabtu ni 11 june 2011, saya nak datang jumpa family awak. Pukul 10.00 saya sampai umah awak. Jangan lupa bagi tahu keluarga awak tentang kedatangan saya”. Selepas sahaja Irfan menuturkan kata-kata itu dia terus belalu meninggalkan Nur dengan seribu persoalan bermain diminda Nur. Nur tergamam seketika. Saat itu sahabat-sahabtnya datang kepadanya. “akak! Kenapa ada di bahagian ini? Daging cincang ada ka sebelah sana kan?” soal Jannah yang pura-pura menyoal. Sahabat-sahabatnya dari jauh telah memerhatikan Nur bersama Irfan sebentar tadi tetapi tidak masuk campur. Nur hanya diam dan segera melangkah kaki sekali lagi ke peti ais yang berisi daging cincang jenanma Ramly. Sahabat-sahabatnya seakan memahami dan hanya menurut. Selesai membeli barang keperluan mereka pulang kerumah.
            “Zahrah,boleh memandu kereta akak?. Sambil meghulurkan kunci keretanya” soal Nur ketika berada di sebelah keretanya. Zahrah menyambut kunci kereta dari Nur dan segera start enjin kereta dan berlalu meluncur ke jalan raya. Didalam kereta Nur tanpa dipaksa menceritakan semua yang berlaku diantara Irfan dan dirinya. Jannah, Mawaddah dan Zahrah menjadi pendengar yang setia dan sesekali menyentuh bahu Nur member kekuatan kepada sahabatnya yang sedang diuji dengan ujian cinta manusia. Nur bercerita bersama tangisan. Bukan mudah melupakan seseorang yang dicintai.