Pages

Ads 468x60px

Bahagia Kita...

Bab 1
Irfan maafkan ana... hubungan kita setakat ini sahaja. “Tapi mengapa?!” soal Irfan penuh persoalan. “Mengapa saat aku hampir melamar mu wahai sang puteri hati?”, berkata irfan didalam hati. Satu hari nanti enta akan tahu mengapa. Lupakanlah ana dan semua kenangan kita. Semoga enta menemui muslimah yang lebih sempurna dari ana. Maafkan ana. Biar kita sakit didunia mudah-mudahan tidak diakhirat. InsyaAllah jika ditakdirkan kita berjodoh dan panjang umur kita akan bertemu kembali. Lepasni kita jangan berhubung lagi dan tolong jangan cari ana lagi. Jagalah diri baik-baik.. “Assalamua'laikum”…. 

Selepas sahaja memberi salam perpisahan Nur segera beredar dari situ. Irfan tergamam dan pulang kerumah tanpa memanggil Nur kembali. Fikirannya kosong!. Tanpa disedari air mata Nur membasahi pipinya. Maafkan aku wahai Irfan, aku lakukan semua ini kerana Allah. Aku mahu jaga hati ku dan juga hati mu juga agar cinta kita kepada Ilahi tidak dikhianati dan dipelihara. Lagi pula kita belum halal untuk cinta dan dicintai. Aku tidak mahu kita berdua melakukan maksiat, terutama maksiat hati. Sukarnya menjaga hati, bohonglah kalau aku megatakan aku tidak merinduimu bahkan tiap saat aku teringat padamu. Kalau lah kau mengerti hatiku ini wahai Irfan. Didalam hatinya tidak putus-putus berdoa supaya dikuatkan hatinya. Kereta Honda Accord yang dipandunya menuju laju ke Perak membawa hatinya yang sedih. Nur nekad tidak mahu lagi mengingati tentang irfan lagi.

“Nur, kenapalah kau buat aku macamni, aku ada buat salahke? Sabarlah sikit Nur, aku tengah kumpul duit nak masuk minang kaulah ni. Kenapalah kau buat aku macamni?” hati Irfan berbisik. Remote control ditangannya asyik ditekan-tekan menukar siaran television lagaknya seperti kebosanan. Maknya yang kebetulan ingin keluar rumah ternampak anaknya termenung depan television. “Irfan kamuni kenapa? Asyik termenungje mak tengok? Putus cinta ke?!” soal makcik Zuraida kepada anak terunanya. 

Ye mak, bakal menantu mak tiba-tiba je mintak putus jawab Irfan jujur. “yeke ni?! Baguslah makpun bukan suka sangat dia tu. Perempuan kampung! Kolot!. Nanti mak jodohkan kaumu dengan anak Datin Zakiah. Cantik orangnya mesti kau suka. Nanti cucu-cucu mak mesti cantik-cantik dan comel-comel” kata-kata yang Irfan paling tidak suka keluar dari mulut emaknya. Malas Irfan layankan maknya tu nanti makin menjadi-jadi pula. Makni asal petangje keluar, petangje kaluar. Mak pergi mana ni? Tak nak ke duduk rumah? Dulu mak jugak yang cakap “tua-tuani duduk rumah buat amal ibadat” tapi ni lain pulak sambil memberi senyuman yang sinis pada maknya. Makcik Zuraidah marah betul dengar kata-kata Irfan, lalu dibalasnya. ‘kau ni tak booleh tengok mak senang sikit! Mak nak jugak jumpa kawan-kawan mak. Kau ingat kau sorangje ada kawan?! Marah makcik Zuraidah kepada anaknya dengan pantas segera berlalu. 

Irfan kembali menonton siaran nasyed on TV1. Kebetulan pula lagu kegemaran dia dan Nur sedang dimainkan. Irfan menyanyi bersama dengan penuh perasaan  sambil menghayati lirik lagu tersebut.:



Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Inasan bernama kekasih

Keayuan yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia

Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya

Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih 

Selesai Lagu yang bertajuk insan bernama kekasih nyanyian UNIC dinyanyi, tanpa disedari air mata yang ditahannya jatuh juga. Aku terlalu menyayangi kau Nur. Akan ku  kotakan segala janji-janjiku tapi berilah aku sedikit waktu lagi. Aku pasti akan tunaikan segala janji-janji ku. Sabarlah sayang. Kaulah serikandi hatiku.