Pages

Ads 468x60px

bab 3




 sambungan...

Sampai dipintu hadapan rumahnya, Nur terkejut! Macam kenalje! Siti Fatimah Az Zahrah binti Salehuddin!!! Sahabat baiknya sewaktu menuntut di Kolej Unversiti Islam Melaka (KUIM). Dengan segera Nur keluar dari kereta berlari menujuke arah Zahrah dan terus memeluknya melepaskan rindu. Dia menangis kegembiraan dan berasa syukur dipertemukan dengan sahabatnya itu. Assalamua’laikum… Fatimah memberi salam.. setelah menjawab salam Nur melepaskan pelukan dan menyalami dua lagi rakannya yang mengikuti bersama Zahrah. Sudahla akak Nur..jangan nagis lagi. Akak ni… tak berubah! Sikit-sikit nangis… hehehe. Disertai anggukan dan ketawa kecil oleh rakan-rakan Zahrah tadi. 

            Sambil mengesat air matanya, Nur mempelawa sahabat-sahabat baiknya masuk kedalam rumahnya.  “Masuklah.. jangan segan-segan tau buat macam rumah sendiri ye. Lama betul kita tak jumpa rindu sangat-sangat! tu yang nangis terharu rase macam mimpi pulak jumpa kamu semua. “ Hehehe..kata Nur ikhlas. “Alah akak tu yang busy memanjang je! Nombor telefonpun dah tukarkan? “ soal Nur jannatul Nai’mah seolah-olah merajuk. Yelah, kalau nak tahu rumah seminggu lepas kita grade rumah akak kene ceroboh. Beg tangan, hanphone, laptop dan barangan elektrikpun kne kidnap!. Tu yang akak tak dapat contact kamu semua. Maafkan akak ye dik. Sambil memandang semua sahabatnya walaupun dia yang paling tua tetapi itu bukan satu halangan untuk mereka menjalinkan ukhwah. “ astargfirullah… abistu akak ok kan?! Soal Mawaddah Nawarah dengan sedikit cemas. Alhamdulillah, akak selamat. Jangan risaulah akak kan kuat!..hehehe jawab Nur. “sebab kat kampus dulu akak suka milo. Tiap-tiap malam minum milo. Minum milo anda jadi sihat dan kuat!” hahahaha.. sampuk Zahra. Mereka semua tergelak mendengarkannya. Segera Nur meminta diri kedapur untuk menghidangkan air untuk sahabat-sahabatnya. 

            Jemputlah minum airnya Zahrah, Jannah dan Nawarah.. air bujangje, Pelawa Nur yang menghidangkan air rebina sejuk. “Alhamdulillah lama jugak kami tunggu tadi, adalah dalam tiga minit.” Nawarah berkata sambil tersengih. Maafkan akak, akakpun kebetulan baru sahaja pulang dari kerja terusje balik kerumah. Tak sangka ada tetamu yang istimewa depan pintu rumah. Akak keje ape? Jual baju macam kat kampus dulu tu ke? Soal Zahrah yang ingin tahu. Lebih kurang lah dik, akak dah buka boutique baju-baju Islamic dan menerima tempahan baju. Alhmdulillah dah dua tahun akak buka boutique tu. Senang-senang kamu semua datanglah, akak bagi discount.hehehe.. pelawa Nur. Subahanallah, bissneswoman berjayalah akak nie? Alhamdulillah kami tumpang gembira, Jannah mencelah. Rumah besar akak ni, akak duk sorang je? Anak-anak akak mana? Soalan yang dilontarkan oleh Zahrah. Akak baru 24 tahun dik, muda lagi. Iam single and available. Akak banyak tanggungjawab lagilah. Jawab Nur beserta gelakan yang agak besar. 

            Ohye, kamu semua tidurlah sini boleh kita borak panjang. Lagipun dah lama kita tak berjumpa, masih banyak cerita yang akak nak tahu nie. Hehehe..pelawa Nur. boleh juga akak, kamipun dah mohon cuti, cadangnya kami nak berjalan-jalan kat bumi Selangor ni.Jannah menjawab. Baguslahtu nanti akak boleh bawa kamu semua pergi ke tempat-tempat menarik kat Selangor ni. Sambung Nur dengan nada yang ceria.  Zahra, Jannah, Nawarah kamu ada dapat tawaran sambung belajar? Soal Nur. alhmdulillah, dapat akak. Kat Alexandria. Sebenarnya itulah tujuan utama kami kerumah akak, nak tanye pada akak soalan yang sama. Jawab Nawarah sebagai wakil. Syukurlah nampaknya kita semua akan berteman lagi. Nur berkata sambil tersenyum besar. 

Nawarah, jannah, Zahra kalu kamu nak rehat gunalah bilik akak. Kat tingkat atas bilik sebelah kanan. Buatjelah macam rumah kamu sendiriye. Jangan malu-malu akak tahu kamu penat datang dari jauh dahla naik pengangkutan awam. Kamu semua dah macam adik-adik akak. Nur bersuara. Baiklah akak Nur. Terima kasih. Jawab Nawarah, gadis berkulit hitam manis bertudung labuh dan aktif dalam bersukan semasa di kolej dahulu. Mereka bertiga terus naik kebilik Nur untuk berehat. Setelah selesai mengemas didapur Nur naik kebiliknya. La… kenapa tak tidur ni? soal Nur kehairanan apabila melihat sahabat-sahabatnya yang agak rancak berbual. Tak rasa mengantuk pula akak. Jawab Jannah. Borak ape ni? akakpun nak join juga. Lama sangat dah kita tak berbual-bual kan. Kata Nur lagi. Zahrah dengan pantas duduk betul-betul dihadapan Nur dan menyoalnya dengan soalan yang agal killer bagi Nur. Seolah-olah polis menyoal penjenayah yang baru ditangkapnya. “akakni couple ek?” Nur terdiam mengambil nafas sedalam-dalamnya berulang-ulang kali sambil tersenyum. Ini membuatkan mereka tertanya-tanya. Ala akak cepatlah jawab! Pinta Nawarah dengan segera. Nur tergelak mendengarkan rengekan sahabatnya itu. Dia tetap juga mendiamkan diri lagi dan azan asar kedengaran. Jom solat!, ajak Nur ditambah dengan gelak yang sengaja dibuat-buat. Mereka bertiga hanya mampu menahan geram dan menurut ajakan Nur. Petang itu Nur mengimamkan solat asar berjemaah dirumahnya.

Selesai mengaminkan doa yang dibaca imam mereka bertiga menyalami Nur. “akak..” panggil Zahra. Nur menyahut dengan pandangan yang ingin tahu. “boleh tak akak bagi usrah sikit? macam kita kat kolej dulu. Saya rindulah nak dengar”, pinta Fatimah Az Zahra. Tapi akak tak prepared apa-apalah dik, jawab Nur. suasana diam seketika. Tapi, akak ada cerita boleh tak?!, soal Nur dan disambut dengan anggukan dari sahabat-sahabatnya. Dia tidak mahu mengahampakan sahabat-sahabatnya, alasan tidak prepare tu tidak boleh dipakai. Tiba-tiba dia teringat masa dikolej dahulu, hari itu tibalah turn Nur memberi tazkirah pada sahabat-sahabat mereka tapi dia terlupa oleh kerana terlalu sibuk dengan assignmentnya. Tiba-tiba seorang junior kos pentadbiran islam mengetuk pintu bilik dan terus masuk ke bilik mendapatkan Nur. Dia memberikan bungkusan hadiah dan segera beredar tanpa bercakap sepatah. Nur yang kehairanan dan membuka kad yang beserta bersama hadiah tadi. Kad itu tercatat :..... bersambung