Pages

Ads 468x60px

Bab 3


        Tahniah kakak Nur!! Itulah kalimat pertama apabila dia menjejakkan kakinya dipintu pejabat syarikatnya Beauty Shinju Boutique. Ucapan tahniah yang diberikan itu oleh setiausahanya, Cik Natasya. Nah akak, ni surat tawarannya sambil meghulurkan sepucuk surat yang bersetemkan dari Alexandria. Terima kasih Tasya, sambil memberi senyuman yang lebar serta memeluk pekerjanya itu dengan penuh kegembiraan. Aik, terima kasihje? Soal Tasya dengan nada bergurau. Habistu kamu nak apa? Cium?! Bolehje… mari sini dekat akak, free lagi akak bagi tau. Mereka berdua tergelak besar diruang pejabat tu. Ohye, sebelum akak terlupa, hari ini akak ada apa-apa appointment tak? Soal Nur. Ada, hari ini pukul 4.00 petang akak akan berjumpa dengan Encik Aiman Hashim. Dia yang akan datang ke office akak.

            Aiman Hashim?Betulke ni nama dia Tasya? Soal dia yang kehairanan. Ye akak Nur, Aiman bin Hashim. Kenapa ni akak? Kekasih lama ke? Ops.. Sorry. Segera Tasya meminta maaf apabila melihat muka bossnya yang serius. Dengan tiba-tiba Nur berkata, “Aiman tak kisah” pada pekerjanya itu. Hahahaha.. kedua-duanya tergelak besar. Sudah-sudah kamuni makin dilayan makin tak betul!. Nur berjalan menuju ke biliknya sambil bersisa senyuman dibibirnya. 

Hanphonenya berdering…tertera “mak_cinta”.. mak!! Jerit Nur dengan segera menerima panggilan  emak kandungnya itu:

“Assalamua’laikum mak! Mak sihat? Ayah?”… dengan nada yang riang Nur memberi salam.
“Wa’laikumussalam, Alhamdulillah mak dengan ayah sihatje… aqlima, kamu ni kenapa? Gembira semacamje mak dengar”.  
“Alhmdulillah. Orang baru nak telefon mak. Tahu-tahuje mak ye?” disusuli dengan ketawa kecil Nur.
“kenapa suka sangat ni? Ape berita gembira tu? Mak nak dapat menantuke?” soal maknya yang turut ingin tahu.
“bukanlah mak, merepekjelah makni… orang dapat dah tawaran sambung belajar di overseas. Suratnya baruje sampai tadi.” Nur sampaikan dengan exicited sekali.
“hujung mingguni kamu baliklah, kita bincang sama-sama dengan family yang lain ye?” ajak maknya.
“baiklah mak, hujung minggu ni nanti orang balik kampung. Kita jumpa nantiye. Oklah mak, malam nanti orang telefon balik. Orang ada appointment sekejap lagi. Sampaikan salam orang kat ayah ye mak” sambil memandang kearah jam yang menunjukkan pukul 3.45 petang.
“yelah, jaga diri baik-baik. insyaAllah. Assalamua’laikum.”
“wa’laikumussalam” jawab Nur. 

            Alamak!!!.. lupa pula nak amik sampel baju untuk tunjuk kat client sekejap lagi. Dengan segera dia berlari-lari anak menuju ke stor simpanan baju-baju sample. Nasibnya baik dapat setiausaha yang baik, Tasya telah mengantungkan dan siap ironkan lagi baju sample yang dia perlukan petangni. Tak payahlah dia susah-susah punggah kotak-kotak dalam bilik itu. Tersenyum kembali ke biliknya. Sempat lagi dia menungkan apabila memandang baju sample untuk budak-budak yang bersekolah tahfiz. Comelnye baju-bajuni, kalau aku ada anak mesti aku sekolahkan mereka dengan sekolah agama. Mereka perlu ada ilmu agama, lagi-lagi zaman sekarang ni. Zaman yang penuh dengan cabaran. Silap langkah, jalan hitam menanti.

            knock!knock!knock!.. Assalamua’laikum. Salam dan ketukan yang diberikan Encik Aiman membuat Nur terjaga dari angannya. Ya Allah!! Wa’laikumussalam. Masuk. Jerit Nur dari dalam pejabatnya. Encik Aiman masuk bertemankan sahabatnya dua minit kemudian Tasya masuk bersama-sama menyertai appointment itu. Nur turut bangun dan mempelawa customernya duduk disusuli dengan dia dan pekerjanya. Encik Aiman, pengetua dari sekolah tahfiz tu kan? Soal Nur. Na’am, analah pengetua sekolah tu. Disebelah anani sahabat ana, Ustaz Ramlan. Ustaz Ramlan memberikan senyuman sabagai tanda pengenalan kepada Nur dan Nur membalas senyumannya. Macam pernah aku tengokje muka ustaz ni. Tapi…. kat mana ek?.. soal Nur kehairanan didalam hatinya dan soalan tu bermain-main difikirannya. 

            Setelah hampir setengah jam berbincang, kata putus dicapai oleh mereka. Alhamdulillah, ucapan syukur oleh Encik Aiman. Mudah-mudahan tempahan baju-bajutu sampai tepat pada masa yang dijanjikannya ye cik Nur. Lantas Nur menjawab, insya Allah.. terima kasih memilih syarikat ana untuk tempahan baju sekolah encik. “Sama-sama, menolong sesama muslim. Kalau sudah siap baju yang kami tempah ni telefonlah  ana, insya Allah, ana akan datang ambil”,jawab Encik Aiman beserta anggukan dari sahabatnya. Eh, tak mengapalah penghantaran sudah termasuk dalam kos tadi. So, insya Allah pihak kamije yang akan hantar nanti. Encik janganlah bimbang janji Nur. “Baiklah kalau macamtu kami minta diri dahulu, lagipun dah hampir tamat waktu bekerja” Ustaz Ramlan bersuara. Tasya dan Nur mengiringi customernya itu hingga kepintu kedai. 

            “Alhmdulillah, rezeki Allah bagi kita” Nur mengucapkan syukur kepada Ilahi yang tidak putus-putus mengurniakan dia rezeki dan sudah tiga tahun perniagaannya dibuka. Akak Nur.. saya nak tanye sikit boleh? Soal Tasya sambil tersenyum dengan penuh makna yang tersirat. Pasal Ustaz Ramlankan? Teka Nur. Eh! Mana akak tahu ni?! dengan pantas Tasya menjawab beserta mimik muka yang sangat terkejut. Eleh! Kamu ingat akak tak Nampak! Kamu pandang je ustaz tu? Nasib baik kamu kat belakang mereka. Kalau tak, akak rasa ustaz tu mesti dah lari tengok muka kamu yang macam nak makan orang tu. Hahaha.. gelak Nur. “Erm…” Tasya menahan malu kerana perbuatannya tadi disedari oleh Nur. “kalau tak silap akak diatu imam muda kampung keluarga angkat akak. Akak pernah dengar kuliah subuh dia sampaikan di masjid kampungtu. Hebat orangnye tau! Rugilah kalau kamu lepaskan orang yang baik mcmtu, entah-entah 3 dalam sejuta je yang ada macamtu tau!” kata Nur kepada pekerjanya itu disusuli dengan ketawa kecil sebagai mengusik. “hmmm.. nantilah saya fikirkan” jawab Tasya. Dah lewat ni jom balik, ke kamu nak tenung kerusi dia duduk tadi pulak? Hahaha..ngusik Nur. “Ish akak ni! mengarutje!” jawab Tasya sambil menutup pintu kedainya. 

            “Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang!” sempat Nur mengusik Tasya lagi, lantas dia berlari masuk kekeretanya. Tasya tidak sempat mengejar bossnya itu hanya mampu menahan geram diusik sebegitu sambil berkata “siaplah akak besok!” dan diappun memandu pulang sendiri mengejar Nur yang tidak jauh dihadapannya. Tasya memecut laju memotong kereta dipandu Nur. Satu kepuasan baginya berbuat demikian. Nur hanya menggelengkan kepalanya melihatkan kelakuan Tasya yang disifatkannya sebagai samseng jalanan. Dia tidak mudah tercabar dengan kelakuan pekerjanya itu bahkan dia tergelak sendirian didalam keretanya sambil mencari siaran radio ikim.fm. Ustaz irwan sebagai DJ diwaktu itu. 

            Sampai dipintu hadapan rumahnya, Nur terkejut! Macam kenalje!..
Bersambung….