Pages

Ads 468x60px

Bab 2

Tepat pukul 12.00 tengah malam Nur sampai dirumah pak cik Ghaffar dan makcik Soffiah. Pintu rumah masih terbuka setelah dia memaklumkan akan tidur disana malam ni. Assalamua’laikum. Salam diberi dan segera Nur menyalami makcik soffiah. Wa’laikumussalam jawab kedua orang tua itu. “Mengapa Nur datang jauh-jauhni?... Seorang pula tu memandu. Bahaya tau”.. soal pakcik Ghaffar. Sebenarnya Nur rindu dengan bak dan ma sebab itulah Nur jauh-jauh datangni beserta dengan senyuman. Senyuman yang menyembunyikan seribu kesedihan. Nur pantas memeluk makcik soffiah menyembunyikan wajahnya yang sembab kerana menangis sepanjang perjalanan tadi. Maafkan ana menyusahkan bak dan ma tunggu ana lewat malam macamni..

“Kenapa cakap macamtu kami dah anggap Nur macam anak kandung kami sendiri, lagipun kamu sejak kecil lagi selalu dihantar kemari oleh ayah dan mak kamu” jelas pakcik Ghaffar. Dah lewatni marilah kita masuk tidur nanti bangun lewat pula bangun sebuh kamu tu. “Ish..Nur dah besarlah ma, tu masa Nur budak-budakje” Nur berkata sambil mengenyitkan mata. Mereka bertiga ketawa dan berjalan menuju kebilik masing-masing. Tidurlah Nur dengan leraian air mata yang ditahan semasa didepan kedua orang tua tadi.

Azan subuh berkumandang.. Nur tersedar dari lenanya. Ya Allah, aku terlajak tidur pula. Segera dia mengemas katilnya dan mencapai tuala dan kain batik beserta sepasang baju kurung memasuki bilik air. Setelah selesai mandi dia segera keruang tamu dan mengajak bak dan ma  yang telah lama menunggu dia bersiap. Maafkan ana bak dan ma. Terlewat pula bangun nasib baik tidak lepas subuh berjemaah dimasjid sambil tersengih.

Jemputlah naik kereta Nur bak, ma. Makcik soffiah tergamam dan berkata besarnya kereta Nur, Mesti baru belikan? Dapat juga makcik menumpang kesengan Nur. Alhamdulillah, rezeki lebih ma. Kalau tidak, tinggal angan-angan jelah nak bawa bak dan ma jalan-jalan.hehehe.. Tersenyum pakcik Ghaffar dan mak cik Soffiah.

Alhmdulillah sampai dah masjid. Bak, ma jom.. pakcik Ghaffar dan makcik Soffia jalan dahulu dituruti dengan Nur. Ya Allah rindunya aku pada Mu. Hanya Kau mengetahui segala-salanya didalam hati ku ini. Usai solat subuh berjemaah mereka bertiga mengikuti kuliah subuh yang dibawa oleh imam masjid kampung itu. Nur memberikan sepenuh perhatian kepada kuliah yang diberikan Ustaz Ramlan bin Arshad imam muda kampung itu yang bertajuk bahagiakanlah hatimu. Nur mengambil tempat agak jauh sedikit daripada makcik Soffia. Buatnye aku nangis depan ma nanti mesti dia tanye. Apa aku nak jawab nanti…

muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Allah S.W.T berfirman dalam Al Quran : 

“Pada hari kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yang dating menghadap Allah dengan hati yang sejahtera”,
                                                                                    Surah as-Syura, ayat 88-89.

Beruntunglah manusia yang memiliki hati yang bersih suci kerana dia akan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah. Sebaliknya mereka yang memiliki hati yang hitam, kotor dan berkarat, sudah tentulah mereka sengaja menempuh jalan kebinasaan. Sebab itulah menjaga hati menjadi keutamaan supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang diterajui oleh sayitan. Syaitan lebih maklum, bagi megheret manusia melakukan perbuatan yang melanggar perintah Allah, ia masuk menyusup kedalam hati manusia…..

 Nur menangis sendirian setelah mendengar kuliah subuh yang diberikan dan majlis ilmu itu diakhiri dengan alunan zikir-zikir yang menyentuh hati Nur oleh Ustaz Ramlan bin Arshad. Alhamdulillah, syukur Kau masih memberikan aku kesempatan dalam menyedarkan kepadaku atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. Nur teringat kembali sewaktu dia bersama Irfan, berdua-duaan dikahlayak ramai. Walaupun dikhalayak ramai mereka tetap bukan muhrim. Syukurlah aku tidak terlanjur melakukan perkara yang bukan-bukan sewaktu berdua dulu. Irfan bukan lelaki yang macam tu. Aku percaya padanya tapi… dia tu tetap lelaki dikurniakan 1 nafsu dan sembilan akal. Terima kasih Ya Allah kau masih memelihara ku. Aku tak kan ulangi kesilapan aku yang dahulu. Aku akan lupakan dia! Tekad Nur!

Pukul 8.00 pagi, Nur menyapu laman rumah bersama makcik Soffia yang sedang menyidai pakaian. Nur… panggil makcik Soffea. Ma tengok Nur ni macam sedihje..kenapa ni Nur? Ma perasan sejak malam kamu sampai rumah. Jangan cuba nak tipu ma Nur. Ma bela kamu dari umur 6 tahun. Kenapa ni sayang? Boleh cerita pada ma? Pinta makcik Soffia. Ermm… mana ma tahu ni? Pandai betul ma meneka..hehehe.. secara tiba-tiba air mata Nur hangat membasahi pipinya. Nur menghampiri Makcik Soffia dan memeluknya. Makcik Soffia hanya mendiamkan diri.

5 minit berlalu, Nur… lama lagike nak nangis ni? Ma rase panaslah Nur. Makcik Soffia cuba hiburkan hati anak angkatnya itu. Tergelak besar Nur mendengar pertanyaan makcik Soffianya itu. Hahaha.. sejak bila ma pandai cakap macamni? Wah… dah maju ma ye, sambil Nur mengesat air matanya. Itulah ma pun pandai juga buat lawak ni tau, jawab makcik Soffia. Haaa.. Nur tahu sape yang buat ma macamni. Ni mesti angkara ma tengok spontankan?. Hahaha.. ish! Mana ada sangkal makcik soffia. Eleh! Ma taknak ngaku ye? Bak ngadu dengan Nur yang ma ngan bak selalu gaduh nak tengok TV kan?. Hahaha.. Itu ma saje je nak bermanja ngan bak. Kamu ape tahu?. Nanti dah nikah tahulah kamu, bela makcik Soffia yang tidak mahu mengalah. Kedua-duanya ketawa serentak.
Nur putuskan hubungan dengan Irfan ma. Kali ini Nur tidak sedikitpun mengalirkan airmata sambil bercerita kepada makcik Soffia. Kenapa kamu buat macamtu Nur? Kan kamu dan dia saling cinta mencintai atau Nur dah ada pilihan yang lain? Ish..ape ma ni.. mana ada, Nur nak jaga hati lah ma. Bukan ke ustaz yang bagi ceramah subuh tadi cakap kita kena jaga hati? Lagipun Nur serahkan bab jodohni pada Allah. Kalau betul dia nakkan Nur, dia akan faham jalan Nur pilihni. Nur lakukan ini semua kerana Allah. Kalau itu cara kamu, ma pun tak boleh nak kata ape. Ma doakan yang terbaik buat kamu Nur. Terima kasih ma, kasih sayang mak, ayah, ma, dan bak pun dah cukup buat Nur.. balas Nur. 

Setelah bercuti selama tiga hati di rumah keluarga angkatnya, Nurpun minta izin untuk pulang ke Selangor. Nur pulang dengan hati yang gembira kerana ada khabar gembira yang menanti Nur di sana setelah menerima panggilan dari pejabatnya. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi ku peluang ini. Nur pandu keretanya dengan penuh berhemah dijalan raya.