Pages

Ads 468x60px

DOA RABITAH…

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Hidup suburkanlah dengan makrifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia…

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin kuat rasa kasih sayang terhadap saudaranya. Dengan rasa kecintaan kita pada Allah dan Rasulullah s.a.w telah menyatukan hati-hati kita untuk berhimpun demi menegakkan agama islam.

Bersatunya hati untuk terus utuh menyatu kerana azam kita mahu melihat agenda yang telah digariskan akan terlaksana. Tetaplah setia wahai hati-hati hingga ke akhirnya agar kita bersama meraih syurgaNya nanti. Ingatkan kami jika terlupa, jangan biar ada diantara kita terputus dalam ikatan hati yang telah dibina.

Ya Allah,Suburilah hati kami dengan cahaya iman, tunjukkanlah jalan yang benar buat kami, rahmatilah kami, sesungguhnya hanya pada Engkau tempat kami sandarkan harapan. Amin ya rabbal alamin.